Friday, February 25, 2011

Pengalaman di Firefly Park Kampung Kuantan

**kelip-kelip (photinus sp.) comel kan??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Kelip2 ku sangka api... Rupa-rupanya kelip2 di Kampung Kuantan... hahahah!!! =)
Seminggu yang lepas semasa aku bercuti tempoh hari, aku sempat melawat satu tempat dimana disitu terletaknya sejenis serangga yang meneluarkan lampu. Namanya kelip-kelip.... wow!!
Seumur hidup aku, ini pertama kali aku melihat ciptaan Allah yang amat aku kagum. Serangga ini hinggap di sebatang pokok tepi sungai. Cuma ada 1 jenis pokok saja yang kelip2 suka duduk. Namanya 'pokok berembang'. Pokok ini adalah spesis 1 keluarga dengan pokok bakau tapi ianya berlainan sedikit.

**pokok berembang (caseolaris sp.)


Pengalaman yang amat bermakna bagi aku sebab naik sampan tengah2 malam tanpa sebarang lampu. huhuhu... agak seram sikit jugala... Tapi seronok sebab dalam keadaan gelap tu kita dapat melihat kelip2 ni mengeluarkan lampunya yang amat unik. (AWAS!! SEBARANG LAMPU SULUH TIDAK DIBENARKAN!!)

**pengalaman menaiki sampan pada waktu malam & gelap (sebarang lampu suluh tidak dibenarkan)

**tiket menaiki sampan RM40 1 sesi (maksimum 4 orang)

Pengalaman melihat kelip2 hanya boleh dilihat dengan menaiki sampan. Sewa 1 sampan hanya RM40 untuk 1 sesi (maksimum 4 orang 1 sampan). Selamat mencuba!!! =)

* Credit to Hyundai Getz Community Club Malaysia.
* Location; Firefly Park Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor.

Wednesday, February 23, 2011

Pengalaman pertama ~~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semakin hari, semakin sibuk aku sekarang ni. Tambahan pula staff Front office yg tak cukup sekarang ni.. hurmmm... Tapi hari ini memang aku merasa bertuah sebab dapat bawak kereta Hotel Manager aku. Mungkin macam satu benda yang kita tak boleh percaya kan? seorang staff bawahan dapat bawak kereta Mercedes E-Class yang dimiliki oleh Hotel Manager. hahaha!! Mungkin mood boss aku hari ni elok kot... Itu pun disebabkan ada satu guest dari Perancis meminta kami (staff Front Office syif petang) membawanya untuk mengambil kereta dia di medan tempat letak kereta jeti Lumut.

Guest aku ni mula2 nak ambil teksi dari hotel ke jeti Lumut. Tetapi kosnya amat mahal iaitu RM25 sehala. hurmmmm... mula2 dia mengadu pada kami la. Selepas tu aku pergi jumpa dengan Mami Nora iaitu Room Division Manager. Selepas beberapa minit aku menanti jawapan dari mami. 'Jom kita pergi' katanya... "pergi mana?" aku menjawab. 'Pergi jeti lumut la bawak mat salleh tu' katanya lagi. Owh... baru aku faham yang mami dah pujuk Hotel Manager aku iaitu Mr. Thong untuk meminjam kereta dia.

Mula2 memang macam aku tak percaya tapi dengan kelebihan aku yang ade lesen agung ni, hehehe... apa lagi, moh kita gerak!! =) Hari ini merupakan hari yang aku tak boleh lupakan kerana hari ini adalah kali pertama aku membawa guest keluar dengan menggunakan kereta yang dimiliki oleh boss aku. Bukan aku nak bangga atau apa pun.. Ini cuma pengalaman aku yang aku nak kongsi bersama2. Bukannya aku tak pernah bawa kereta mewah sebelum ni. Cuma sport car jela aku tak pernah rasa bawak lagi. hehehe.. Insya Allah... =)

Sunday, February 20, 2011

Pengembaraan selama seminggu...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Setelah seminggu aku bercuti, banyak juga pengalaman yang aku tempuhi terutamanya semasa percutian aku di Bandar Bangkok, Thailand. Memang diakui agak seronok ila kita berada di negara orang. Tetapi bagi aku lebih baik kita hidup di tanah tumpahnya darah kita sendiri. Bak kata pepatah, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Selama 3 hari 2 malam aku bercuti disana bersama seorang lagi rakan sekampung aku. Saja seronok2 je sebenarnya... Nak menghabiskan duit. Hahaha!!!! Tetapi, disamping itu aku dapat melihat bagaimana budaya dan keadaan masyarakat sekeliling. Memang cara hidup mereka berbeza & tak sama dengan cara hidup kita. Amat jauh bezanya... Masyarakat mereka memang saling hormat menghormati. 'sawadikhap!!!' kata seorang penduduk tempatan kepada seorang peniaga. Memang berbeza dengan adat melayu kita. Jumpa orang berselisih pun buat tak tahu je. Akan tetapi, aku tertarik dengan kenderaan pengangkut yang diberi nama 'ttut tut'. Merasa la jugak aku naik kenderaan tu. Tak mahal, cuma 50baht saja (lebih kurang RM4.50) mengikut destinasi yang dituju. Kemudian aku cuba ke pasar terapung di daerah Sukhumvit. Rasa seronok & gayat apabila berada di atas sampan yang kecik tu... (dahla x berapa reti berenang) hehehe....

  
   **panorama sekitar Bandar Bangkok...

Setelah sekembalinya aku di Malaysia, aku menyambung percutian aku di rumah nenek aku di Jeram, Kuala Selangor. Aku lebih suka berada disana kerana disitulah tempat kelahiran aku dan menjaga kedua orang tua aku selagi mereka masih ada lagi walaupun atuk aku dah agak uzur & nyanyuk sekarang ni. Kebetulan pula pada hari minggu, aku dijemput oleh sekumpulan 'mamat kereta'... 'Getzzone'... Hyundai Getz Malaysia Community Club. Aku dijemput untuk mengikut konvoi beramai-ramai ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeram & ke Taman Kelip-Kelip Kg. Kuantan, Kuala Selangor. Agak seronok juga la kerana ini adalah pertama kali aku mengikuti konvoi kereta. Sebelum ni pernah juga ikut konvoi, tapi konvoi motosikal jela... hehehe....
**check point kami di Stesen Petronas Jeram
 
**antara kereta-kereta Hyundai Getz yang hadir (owner die dh cabut lari pegi makan la...)


Begitulah sedikit sebanyak kisah pengambaraan aku selama seminggu aku bercuti. Memang terasa penat juga sebab jadual aku agak padat dalam seminggu tu. Tetapi aku memang rasa berbaloi sangat-sangat... Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepada aku untuk membenarkan aku pergi bercuti ke serata tempat tertamanya kepada mak & abah... Terima kasih banyak2 ye... Lepas ni kita pegi sama-sama ok... Bawak adik2 sekali.... :-)

Monday, February 14, 2011

Khutbah Terakhir...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera


صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم


Esok adalah hari paling besar buat kita sekalian Umat Islam kerana menyambut tahun kelahiran Nabi Besar Junjungan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم...
Sempena kita menyambut Maulidur Rasul ini, Marilah sama-sama kita menghayati khutbah terakhir baginda....



Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah;
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.#Kelahiran)
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432h...

Saturday, February 12, 2011

Sambutan Valentine's Day

** sejambak bunga ros untuk kekasih

 Saban tahun, kita mesti mendengar mengenai "Hari Kekasih" bukan? Adakah kita sebagai Umat Nabi Muhammad S.A.W boleh menyambut hari tersebut? Tepuk dada tanya diri kita.
14 Febuari setiap tahun adalah hari yang dinanti-nanti bagi setiap pasangan yang masih dalam 'mood cintan'.

Pada mulanya cuma berjanji temu di sebuah tasik atau di mana2 restoran. Kemudian bawak masuk bilik la.... hurmmmm... Ini la yang akan dilakukan setiap pasangan bila masing2 sudah mengikat 'janji setia' terhadap pasangan masing2.

Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sahih.
Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda.
Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikairkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian. Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian.
Berikut antara dalil-dalil sahih yang boleh dijadikan rujukan;
 Rasulullah SAW bersabda: “Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Hadis riayat Abu Daud Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud)
Rasulullah SAW sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir, hatta dalam bab keduniaan sekalipun. Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebut wujud kesepakatan (ijmak) mengenai haram meniru orang kafir dalam perayaan mereka.
Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Allah menyatakan kepada kita tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat bukan orang yang beriman. Meniru mereka adalah satu daripada bentuk cinta, maka ia adalah terlarang.” (Al-Iqtidha’ 1/490) Semua ini dilakukan atas alasan menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan itu hanya layak dilakukan suami atau isteri kepada pasangannya yang halal, bukan kepada mereka yang bukan mahram.
Allah SWT jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal yang mendekatkan kepada zina. Firmannya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk.” (Al Isra’ 17: 32) Berdasarkan hujah yang dikemukakan, ada beberapa kewajipan yang perlu dimainkan umat Islam dalam isu ini iaitu:
Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya atau menyertai orang lain dalam sambutan berkenaan sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.
Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: ‘Seandainya orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka dalam agama atau arah kiblat solat.” (Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis) Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran.
Firman Allah SWT: “Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)
Seorang Muslim pelu mengingatkan saudara seagama mengenai larangan menyambut Hari Valentine.Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: ‘Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya.” (Al-Iqtidha 2/519-520)




Friday, February 11, 2011

Cerita si budak kampung

**aku dihadapan halaman rumah

Amboi2... mentang2la hang dok pekan. Asal usul sendiri pun dh lupe ke?? hurmmmm....
Walaubagaimanapun aku memang seorang budak kampung yang menetap di kampung dari kecil hingga dewasa.

Cuma 2 tahun je aku dapat merasa bagaimana menetap di bandar. perggghhh!!! memang x boleh masuk dengan jiwa aku yang mementingkan suasana desa yang permai... Rumah tepi laut, dengar bunyi2 burung, ayam.... hurmmm....
Bestkan???

Tapi lagi best kalau tinggal kat kampung yang ade air terjun. wow!!! huhuhu....

Xpela ye... nanti kita sambung cerita lagi ok... :-)